KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia memulih kepada 0.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Julai 2023, dirangsang oleh sektor perlombongan dan elektrik, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata IPP kembali ke jajaran positif pada Julai 2023, merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun berbanding - 2.2 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
"Peningkatan marginal pada Julai 2023 adalah disokong oleh pengembangan dalam sektor perlombongan pada 4.2 peratus (Jun 2023: -6.4 peratus) dan sektor elektrik sebanyak 1.5 peratus (Jun 2023: 2.8 peratus).
"Sementara itu, sektor pembuatan terus merosot, namun dengan penurunan yang lebih kecil iaitu0.2 peratus berbanding negatif 1.6 peratus yang dicatatkan pada Jun 2023," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi perbandingan bulan ke bulan (m-o-m), beliau menyatakan IPP turun sebanyak 1.8 peratus berbanding pertumbuhan positif 2.2 peratus pada bulan sebelumnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata penurunan lebih kecil dalam pengeluaran pembuatan pada Julai 2023 adalah disokong oleh pengembangan dalam industri berorientasikan domestik sebanyak 6.0 peratus (Jun 2023: 4.1 peratus).
"Pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh pertumbuhan dua digit sebanyak 11.9 peratus dalam pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler.
"Tambahan pula pembuatan produk logam yang direka, kecuali mesin dan kelengkapan serta pembuatanproduk pemprosesan makanan turut menyokong pertumbuhan dengan masing-masing sebanyak 6.9 peratus dan 7.0 peratus," katanya.
Sebaliknya, Mohd Uzir berkata industri berorientasikan eksport yang merangkumi kira-kira dua pertiga daripada pengeluaran pembuatan, kekal dalam aliran menurun dengan - 2.7 peratus (Jun 2023: -3.9 peratus).
Penurunan itu dipengaruhi terutamanya oleh kemerosotan dalam pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-10.1 peratus), pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (-9.0 peratus); dan pembuatan produk getah (-1.6 peratus), katanya.
"Ini juga adalah selari dengan prestasi eksport negara yang jatuh 13.1 peratus pada Julai 2023. Berbanding bulan sebelumnya, pengeluaran sektor pembuatan menurun 4.3 peratus," jelas beliau lagi.
Mohd Uzir turut menekankan bahawa pengeluaran dalam sektor perlombongan meningkat kepada 4.2 peratus pada Julai 2023 berbanding - 6.4 peratus yang dicatatkan pada Jun 2023.
Kenaikan tersebut dipacu oleh minyak mentah dan kondensat yang mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.8 peratus (Jun 2023: -4.5 peratus), manakala gas asli mencatatkan penurunan yang lebih kecil0.8 peratus (Jun 2023: -7.8 peratus) pada bulan ini, katanya.
Berbanding Jun 2023, beliau menegaskan indeks perlombongan berkembang sebanyak 8.0 peratus berbanding penurunan 7.7 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Sementara itu, beliau berkata pengeluaran elektrik meningkat sebanyak 1.5 peratus pada Julai 2023, berikutan pertumbuhan 2.8 peratus pada bulan lalu. Berbanding bulan sebelumnya, indeks elektrik meningkat 1.8 peratus, selepas mencatatkan penurunan sebanyak 5.3 peratus pada Jun 2023.
"IPP berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (Januari - Julai 2022: 6.4 peratus) dengan semua sektor mencatat pertumbuhan positif iaitu indeks pembuatan (1.4 peratus), indeks perlombongan ( 0.3 peratus) dan indeks elektrik (1.6 peratus)," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Mohd Uzir berkata IPP kembali ke jajaran positif pada Julai 2023, merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun berbanding - 2.2 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. - Gambar fail
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.
Penjajaran semula agensi bermandat bumiputera lonjak ekosistem ekonomi
Penjajaran ini dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip kerajaan madani yang mengutamakan inklusiviti, keberkesanan, dan kelestarian.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
40 maut akibat denggi sejak Januari lalu
Sebanyak 40 kematian direkodkan akibat wabak denggi sejak Januari lalu, meningkat 14 kes berbanding 26 yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 3.1 peratus pada Februari 2024 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024, didorong oleh momentum positif dalam kesemua sektor.
Indeks Pengeluaran Perindustrian Januari 2024 pulih pada 4.3 peratus - Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pulih kepada 4.3 peratus pada Januari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
SESB perlu punya keupayaan jana sendiri keperluan elektrik di Sabah - Madius
SESB hanya mampu menjana dan memiliki 20 peratus daripada keperluan beban asas tenaga elektrik manakala bakinya dijana oleh penjana tenaga bebas (IPP) sebelum dijual kepada syarikat itu.
IPP Malaysia memulih kepada 0.7 peratus pada Julai 2023 - Jabatan Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia memulih kepada 0.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Julai 2023, dirangsang oleh sektor perlombongan dan elektrik.
Citaglobal, Reneuco peroleh kontrak projek IPP ECRL
Ia tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian kontrak yang akan dimeterai antara Citaglobal dan Reneuco dengan MRL.
Pertumbuhan IPP dijangka pacu kenaikan KDNK bagi suku kedua
Ambank Research jangka ekonomi negara berkembang 8.4 peratus tahun ke tahun dengan angka sebenar KDNK suku kedua itu akan diumum pada Jumaat ini.
MIDF kekalkan unjuran pertumbuhan IPP pada 4.3 peratus
Ini memandangkan sektor pembuatan bertambah kukuh pada April 2022 dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) meningkat kepada 51.6.
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS berikutan data IPP lebih baik
Pada 9.15 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1490/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1505/1513 sewaktu ditutup pada Selasa.
Indeks Pengeluaran Perindustrian melonjak 26 peratus
Pertumbuhan IPP pada bulan Mei 2021 disokong oleh pengembangan dalam kesemua indeks.
IPP Malaysia lonjak 9.3 peratus pada Mac 2021, tertinggi bagi tempoh sejak Julai 2013
Pertumbuhan IPP pada Mac 2021 dipacu oleh indeks pembuatan dan elektrik yang masing-masing meningkat 12.7 peratus dan 10.3 peratus.